Sesiapa yang cuba tujuk pandai, majlis presiden Pakatan Harapan perlu bertindak

Sesiapa yang cuba tujuk pandai, majlis presiden Pakatan Harapan perlu bertindak

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pemimpin AMANAH, PKR atau DAP perlu belajar hormati janji dan persetujuan. Jangan bila sampai hari penamaan calon sudah memberi gambaran kegoyahan Pakatan Harapan dek kerana beberapa kerat yang cuba menjadi wira.

Jika kamu tidak mahu bergerak secara koalisi yang asasnya permuafakatan, maka nyatakan pendirian kamu dan parti. Ini lebih memudahkan perjalanan dan gerakan rakyat untuk terus mara. Belajarlah dari kesilapan yang berlaku ketika wujud Pakatan Rakyat.

Pesanan ini saya tidak hanya ditujukan untuk mereka yang terlibat dalam PRN di Sarawak. Ianya ingatan sepanjang zaman selagi hasratnya mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Jika tidak teruslah bergelar pembangkang terlama didunia.

Saya kira ramai yang setuju seharusnya semua parti harus bergerak atas paksi yang telah dipersetujui. Bukan memberi seribu satu alasan dalam menunjuk kuasa. Saya tidak tuju pada semua, tapi siapa yang faham pasti berfikir apa yang perlu dibuat.

Jika kita mahu 1 lawan 1 bila berhadapan dengan PAS agar tidak memberi kemenangan kepada BN, mengapa kita tiada semangat itu sekaligus menghormati apa yang dilaung bahawa tiap keputusan yang diambil perlu melalui konsensus.

Ambillah iktibar yang berlaku di Dun Sungai Acheh dan Kota Damansara, tiada apa pun yang menguntungkan selain dari kepuasan sendiri. Ingat siapa yang berkenaan, jangan asyik fikir mahu tumbangkan BN dengan stratergi sendiri bimbang nanti kamu yang terkubur sekali.

Maka punya keperluan atas nama Majlis Presiden Pakatan Harapan atau mereka yang bertanggungjawab mengelola perjalanan Pakatan Harapan untuk mengambil tindakan kepada mereka yang suka bergerak sendiri. Rakyat bukan sekadar menilai BN tetapi mereka juga “sedang memerhati anda’.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Syafiq Azmi

TAGS