Sesiapapun boleh jadi PM, kata Mahathir

Sesiapapun boleh jadi PM, kata Mahathir

Adakah Tun rasa saya boleh jadi Perdana Menteri? Itu antara soalan yang ditujukan oleh bintang kecil Ceria Popstar, Kashika Selvam yang diberikan berpeluang untuk bertemu dengan negarawan tersohor Tun Dr Mahathir Mohamad sempena sambutan 93 tahun kelahirannya hari ini.

“Tapi awak mesti kena kerja kuat, sentiasa berbuat baik kepada orang, menangi sokongan mereka.

“Awak juga mesti sentiasa berpegang kepada janji. Buat perkara yang betul. Jangan menipu.

“Semua ini jika awak ada orang akan suka awak dan akan mengikut demokrasi, awak akan jadi perdana menteri,” balas Dr Mahathir dalam video yang siarkan oleh Astro Gempak hari ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu juga berkata, beliau tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

“Saya bukanlah sesiapa. Keluarga saya bukan dari kelas atasan. Saya hanya seorang anak guru sekolah.

“Tetapi saya tetap cuba bertanding dalam pilihan raya saya menang,” ujarnya lagi.

Banyak soalan diajukan kepada Dr Mahathir dalam video berdurasi 8 minit 29 saat itu yang dirakamkan di kediamannya. Turut dipaparkan  Tun Dr Siti Hasmah Mohamad  sedang memetik  piano dan adik Kashika Selvam menyanyikan lagu ‘Rasa Sayang’.

Dr Mahathir yang dilahirkan pada 10 Julai 1925 merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik  itu anak kepada pasangan Allahyaram Mohamed Iskandar dan Allahyarhamah Wan Tempawan Wan Hanapi.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan  Dr. Siti Hasmah pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Dr Mahathir lalui  sejarah kehidupan dan kerjaya politik yang panjang di dalam dan luar negara.  Beliau  mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-4 pada 16 Julai 1981 pada usia 56 tahun dan memerintah selama 22 tahun.

Dan sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada 10 Mei 2018 lalu apabila gabungan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN yang telah berkuasa selama 61 tahun. Dr Mahathir kini mencipta sejarah menjadi Perdana Menteri paling tua di dunia.

Video penuh di sini:

9.3
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 10.0