Malaysia Dateline

“Sesuatu sangat” – Kecoh kereta pengunjung ekspo MAHA kena tunda, netizen curiga tiba-tiba banyak lori ‘towing’

Sebelum ini, peniaga yang terlibat dengan Ekspo MAHA 2022 ada meluahkan rasa sedih apabila perniagaan buahnya tidak laku pada awal pembukaan ekspo berkenaan, walhal 5 tan buah sudah diturunkan pada hari itu.

Luahan peniaga yang viral di TikTok itu menggambarkan 100,000 pengunjung yang dijangka hadir ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022, tidak seperti yang disasarkan.

Kali ini pula, ekspo berkenaan menimbulkan lagi berita kurang enak apabila beberapa pengunjung mendakwa kereta mereka ditunda (towing) kerana dikatakan telah meletak kereta di petak parkir yang salah.

Pengunjung mendakwa, ini bukan salah mereka kerana arahan parkir sendiri tidak jelas sehingga mereka tersalah parkir di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan kereta mereka ditunda.

Apa yang menimbulkan rasa sangsi, ada pengunjung yang memberitahu ternampak enam lori towing sudah bersedia sejak awal di perkarangan parkir berdekatan MAHA untuk ‘membuat duit’.

Bukan itu sahaja, ada juga pengamal media yang terkena dengan keadaan tersebut dan meluahkan rasa tidak puas hati kerana dia sememangnya parkir mengikut arahan yang ditetapkan pengawal.

Pengamal media, Mohsin Dadamean berkata, dia datang ke ekspo MAHA atas jemputan dan meletakkan kereta di tempat yang ditunjukkan oleh petugas di sana. Namun dia meluahkan rasa terkejut apabila mendapati kereta hilang kerana ditunda, dan perlu membayar RM100.

“Ini kali pertama kereta saya kena tunda. Saya pihak media yang dijmput untuk datang buat liputan event dekat sini, tu pun kena towing. Masuk sini bayar RM5, tak ada masalah. Saya tanya dekat mana media boleh parkir? Dia kata dekat tempat bawah. Tengok dekat tempat bawah tu ialah tempat parkir bas. Bila dah nak balik tengok kereta hilang. Bila tanya, kereta kena towing dan kena bayar RM100. Memang tak masuk akal,” katanya.

Berikut adalah luahan yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Mediavariasi

@mediavariasi

Pergi nak buat liputan di MAHA 2022,nak balik kereta hilang kena towing walhal da bayar charge parking. dah ikut instruction pon boleh parking kat mana.still kena kompaun RM100. #maha2022 #foryou #viral #towing #maeps

♬ original sound – Media Variasi – Media Variasi

“Ada agenda ke?” Netizen curiga dengan kehadiran lori towing di ekspo MAHA 2022