Setahun tinggalkan dunia seni, pelakon aksi Hollywood hidap demensia

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon aksi Hollywood terkenal, Bruce Willis disahkan mengidap penyakit demesia setelah hampir setahun mengundurkan diri daripada bidang lakonan.

Kenyataan tersebut dikongsi melalui akaun Instagram milik isteri yang dikahwininya empat tahun lalu, Emma Heming Willis.

Menurut Emma, keluarganya lega apabila rawatan dapat dijalankan dengan segera ekoran penyakit itu berjaya dikesan doktor lebih awal.

Tahun lalu, pelakon yang terkenal dengan filem Die Hard itu mengumumkan persaraan apabila disahkan menghidap afasia.

Hal ini kerana, Afasia mampu menjejaskan kemampuan kognitifnya serta memberi kesan kepada kemahiran Bruce dalam berkomunikasi.

“Sejak mengumumkan Willis menghidap penyakit Afasia tahun lalu, keadaannya bertambah baik. Sekarang, kami dapat tahu lebih spesifik mengenai keadaannya iaitu frontoremporal demensia (FTD).

“Buat masa sekarang, tiada rawatan untuk penyakit demensia, tetapi kami harap ia akan berubah pada masa akan datang,” katanya.

Emma juga memaklumkan bahawa FTD adalah jenis dimensia yang umum dialami oleh mereka yang berusia 60 tahun ke bawah.

Kenyataan tersebut turut dikongsi di akaun Instagram milik bekas isterinya yang merupakan pelakon terkenal, Demi Moore.

Bruce Willis pernah mendirikan rumah tangga bersama Moore pada tahun 1987 sebelum memfailkan penceraian 13 tahun kemudian.

Baca juga: Tidak mengejar keuntungan, usahawan inap desa tawar pakej ‘Inap Rahmah’ pada harga RM5