Malaysia Dateline

Setakat 7 malam seramai 21 terbunuh di kejadian tanah runtuh

Setakat jam 7.00 malam hari ini seramai 21 orang terbunuh termasuk 12 dewasa semuanya adalah wanita manakala 4 dewasa lelaki, 4 orang kanak-kanak lelaki dan 1 orang kanak-kanak perempuan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor menurut mereka pencarian masih berjalan berikutan 12 mangsa yang tidak ditemui lagi.

Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak Bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, PDRM, APM, KKM dan Pasukan SMART.

Maklumat dari semasa ke semasa akan dikemaskini sehingga operasi selesai.

Pada jam 2.24 pagi tadi, Bomba Selangor telah menerima panggilan kecemasan berlaku kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali.

Pasukan Bomba daripada BBP Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang dan BBP Genting Highlands mula tiba di lokasi pada jam
3.04 pagi.

Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar.

Maklumat dikemaskini setakat jam 07.00 petang, sejumlah 94 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku.

54 orang dalam keadaan selamat, 7 cedera.