“Setakat menyindir ketika mesyuarat ‘ok’ lagi, usah terus main wayang”

“Setakat menyindir ketika mesyuarat ‘ok’ lagi, usah terus main wayang”

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan beliau tidak akan bertolak ansur jika ahli parti itu melanggar peraturan dan disiplin.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan, semua anggota parti harus akur dengan asas perjuangan PKR sejak ia ditubuhkan lebih 20 tahun lalu.

“Saya beri peringatan mesti ada disiplin dalam parti. Kalau setakat sindir-menyindir ketika mesyuarat dalam parti ‘ok’ lagi.

“Tapi kalau terus main wayang, ..kalau ada, saya minta ia dihentikan,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baru 2019 bagi meraikan pemilihan Anwar sebagai Presiden PKR di Dewan Convention Midlands, Seksyen 7, Shah Alam malam tadi.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar; Menteri Kerja Raya, Baru Bian serta Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui media selepas majlis turut bersetuju dengan cadangan Bersih 2.0 supaya undang-undang pilihan raya dipinda supaya setiap menteri persekutuan tidak dibenar menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

“Saya setuju, sekarang ini arahan menteri tak boleh kempen, macam yang berlaku pada (Pilihan Raya Kecil) Port Dickson.

“Itu memang kita buat dan seharusnya dicontohi oleh semua menteri,” ujarnya.

Loading...

Anwar juga berkata, beliau berpuas hati dengan penjelasan Senator Bob Manolan Mohd yang dikatakan mengugut tidak membayar gaji Tok Batin Orang Asli jika tidak menyokong kerajaan.