Setelah 15 tahun disimpan, burger McD ini masih dalam keadaan baik hingga dipamer di muzium

Oleh KIM SYAZIE

Perkongsian laman rasmi Facebook Public Health Malaysia (PHM) mengenai burger dan kentang milik sebuah restoran makanan segera yang kekal utuh selepas 15 tahun mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Menurut PHM, burger dan kentang dari restoran McDonald’s itu telah disimpan sejak 2009 dan hasilnya mengejutkan apabila makanan segera itu langsung tidak rosak mahupun berkulat.

Diceritakan, restoran terakhir di Iceland ditutup pada 2009 berikutan krisis kewangan global.

Seorang pelanggan iaitu Hjortur Smarason, membeli burger keju “bersejarah” pada 30 Oktober 2009, sehari sebelum McDonalds terakhir di Iceland gulung tikar.

Setelah membeli burger tersebut, dia terlupa untuk makan sehinggalah pada tahun 2012 dia menemui bungkusan burger tersebut bersama kentang yang masih dalam keadaan baik 

Hidangan makanan segera itu tidak menunjukkan tanda-tanda rosak atau reput. 

Kini burger McD terakhir tersebut masih di pamerkan dimuzium dan masih berada dalam keadaan baik.

“Dan pada hari ini hanya tinggal satu burger McD di negara tersebut yang disimpan rapi disebuah muzium,” kongsi PHM.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ada yang meminta agar eksperimen sama dibuat ke atas burger di McD Malaysia.

Ada juga yang bertanya apa sebenarnya ramuan utama yang digunakan dalam makanan segera itu sehingga ia boleh bertahan berbelas tahun.

Baca juga: Senang rupanya buat doh pizza, guna 2 bahan sahaja!