Malaysia Dateline

Setelah 400 pokok mati, Aliff Syukri baru tahu mengapa harga durian Musang King lebih mahal

Setelah 400 pokok yang ditanam mati, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri baru tahu mengapa harga durian musang king begitu mahal di pasaran berbanding durian lain.

Alif Syukri memaklumkan 400 anak pokok durian jenis musang king yang ditanamnya lima bulan yang lalu telah mati.

“Kini durian saya sudah 5 bulan, syukur walaupun lebih 400 pokok durian saya mati tapi saya happy sangat, sebab ini semua pengalaman menjadikan saya lebih matang menjadi petani,” katanya di Instagramnya.

Setelah 400 pokok mati, Aliff Syukri baru tahu mengapa harga durian Musang King lebih mahal
Aliff Syukri sering berkongsi gambar beliau amat menggemari durian, bahkan dipersoalkan netizen kerana menjamu durian di KLIA

Katanya sebelum ini dia tidak faham kenapa durian jenama kayangan ini mahal sangat tetapi setelah berjinak-jinak dalam bidang pertanian ini barulah beliau memahami.

“Bukan senang nak jaga pokok durian ni ada 1001 masalah, Ya Allah kau kuatkanlah aku untuk menjadi seorang petani durian musang king berjaya

“Walaupun banyak dugaan dan cabaran tetap saya tempuhi demi impian di hari tua,” tulis beliau.

Bagaimanapun rata-rata pengikutnya memberi kata-kata semangat kepada beliau dan memberi beberapa tips serta kaedah penanaman untuk durian jenis itu.

Terdahulu, Aliff Syukri telah berjinak-jinak menimba ilmu pengetahuan dalam pertanian untuk menceburi perniagaan baharu ketika negara sedang begelut dengan pandemik Covid-19

Dia dilaporkan mengambil kursus penanaman pokok durian jenis Musang King dengan individu kaum Cina kerana dia berpendapat kebanyakan mereka berjaya dengan perniagaan penanaman tersebut.

Baca juga: https://themalaysialife.com/guru-agama-dihukum-mati-selepas-hamilkan-8-daripada-13-pelajarnya/