Malaysia Dateline

Setelah dipujuk, kaunseling guru Yayasan Islam Kelantan setuju terima vaksin

Guru-guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang sebelum ini menolak vaksin Covid-19 akhirnya bersetuju untuk menerima suntikan vaksin sebagaimana disaran kerajaan.

Pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri antaranya terpaksa memanggil guru-guru sekolah Arab kendalian YIK yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi memberi penjelan kepada mereka.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, perubahan sikap guru-guru berkenaan adalah hasil pertemuan dan sesi kaunseling yang dilakukan kepada guru-guru tersebut berkaitan kebaikan vaksin.

“Ini sesuatu yang positif, keputusan untuk memberi suntikan vaksin ini mengambil kira pendapat daripada pakar perubatan dan agama,” katanya dipetik Sinar Harian.

Namun katanya, guru-guru yang berkhidmat di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pihaknya menyerahkan perkara tersebut kepada agensi berkenaan untuk mengendalikan.

Beliau berkata, semua pihak termasuklah rakyat perlu bersama dengan kerajaan dalam mendokong pengambilan vaksin ini untuk membendung penularan jangkitan Covid-19.

Terdahulu, lima peratus daripada 2,600 kakitangan dan tenaga pengajar YIK belum menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana masih ragu-ragu dan takut untuk mengambil suntikan berkenaan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).