Setelah ditangguh bentang dua kali, Speaker tangguh pula bahas RUU 355

Setelah ditangguh bentang dua kali, Speaker tangguh pula bahas RUU 355

Selepas ditangguhkan pembentangannya dua kali oleh Ahli Parlimen Marang pada dua sesi parlimen lalu, kini Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan pula sesi perbahasan usul Rang Undang-undang Akta 355 yang dibentangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pandikar beralasan beliau berkuasa penuh untuk menentukan perjalanan mesyuarat dewan dan membuat keputusan berdasarkan kuasa yang ada padanya.

“Pada hari ini saya tak mahu menjadi ‘bloody fool’. Saya nak gunakan kuasa saya dengan membuat ketetapan supaya perbahasan diadakan pada sesi akan datang,” kata beliau.

Sidang Dewan Rakyat dijadual diadakan pada 24 Julai ini selepas ditangguhkan pada jam 4.00 petang tadi.

Walaupun dikecam ahli-ahli parlimen pembangkang, Pandikar yang enggan berganjak daripada keputusannya meninggalkan dewan.

Sebelum itu, usul yang dibentang Abdul Hadi disokong Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) yang berucap ketika sidang disambung semula pada jam 2.30 petang.

Ucapan panjang lebar beliau dicelah beberapa kali oleh anggota parlimen BN yang inginkan penjelasan.

Ini mendorong Khalid Samad (Amanah – Shah Alam) bertanya sama ada ahli parlimen pembangkang akan diberi peluang berbahas ataukah hari ini telah ditetapkan sebagai ‘hari Pas dan Umno’.

Anggota Parlimen Pakatan Harapan yang tidak berpuas hati dengan tindakan speaker kemudian mengadakan sidang media setelah sidang Dewan Rakyat ditangguhkan.

TAGS