Malaysia Dateline

Setelah perginya Maszlee Malik: Bukan nota setiakawan seorang simpatisan

Ketika tulisan ini dikarang, genap 10 hari Dr Maszlee Malik ‘memulangkan’ jawatan Menteri Pendidikan yang disandang beliau kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika tulisan ini dikarang, Mahathir telah mengumumkan dirinya sebagai pemangku kepada jawatan yang beliau sendiri pinta untuk dikosongkan.

Ketika tulisan ini dikarang, peristiwa pemulangan jawatan tersebut sudah pun hampir tidak dibincangkan lagi. Mungkin lagi sepuluh hari, langsung dilupakan.

Lucu dan tragis, dalam tempoh tiga, empat hari sejak pemulangan jawatannya, bertali arus tulisan dan ulasan berkaitan terbit di portal-portal berita atas talian. Di laman sosial, beribu perkongsian dimuat naik oleh warganet; kebanyakannya menyatakan rasa sedih, pilu, duka, lara, setiakawan, simpati, dan sebagainya.

Lucu dan tragis kerana tulisan, ulasan, dan perkongsian tersebut hampir semuanya berkongsi jiwa yang sama – hipokrit dan dibuat-buat untuk menutup rasa malu dan sesal atas apa yang telah berlaku. Ah, warganet!

Tulisan ini tidak langsung dikarang sebagai sebuah lagi nota setiakawan dari seorang simpatisan Maszlee. Ketika beliau dilaporkan tidak lagi bergelar seorang menteri, satu-satunya komentar yang terbit dari saya, dan hanya dikirim dalam laman bual WhatsApp adalah pemergian Maszlee tidak langsung bakal menyelesaikan sebarang isu yang mengepung Kementerian Pendidikan hari ini. Maszlee boleh pergi, masalah akan masih tetap di situ.

Ada wartawan pernah menemu bual sekitar pertengahan tahun lalu, bertanya kalau saya setuju kalau Maszlee perlu meletakkan jawatan atas kegagalan KPM menangani isu seputar PTPTN. Dengan ringkas saya jawab ‘tidak’.

Saya tidak bersetuju beliau meletak jawatan atas hal demikian, saya setuju beliau menilai kritikan dan melakukan perkara yang betul. Meletak jawatan tidak menyelesaikan isu yang timbul. Beliau sendiri ada komitmen yang perlu dipenuhi.

Saya simpulkan temubual tersebut dengan mengajukan bahawa yang lebih perlu menilai kedudukan mereka adalah orang lain, misalnya Wan Saiful Wan Jan yang gagal menyempurnakan tugasnya untuk memenuhi dasar yang telah dipersetujui, malah masih berani untuk berkira-kira mengembalikan amalan sekatan lama.

Tamat temubual, saya tersedar kalau kritikan saya ke atas Maszlee lama dahulu sudah disalah erti. Saya tidak akan ditanya soalan sedemikian kalau bukan kerana kritikan saya dianggap sebagai salah satu desakan meletak jawatan.

Dengan demikian, saya terima hakikat bahawa saya juga telah termasuk dalam golongan yang menyumbang kepada kejatuhan imej beliau. Kalau pun tanpa sengaja. Persepsi tidak pernah dikawal oleh diri kita.

Dan hari ini, beliau akhirnya gugur. Tidak kira siapa pun kita – termasuk diri saya sendiri yang pernah mengkritik Maszlee sebagai Menteri Pendidikan perlu berlaku jujur. Sedikit sebanyak, kita semua bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.

Bertanggungjawab pula bukan ertinya dengan melancarkan petisyen atas talian untuk mengumpul ratus ribu tandatangan sokongan kepada Maszlee agar beliau tidak dihentikan. Kalaulah ia semudah itu.

Bertanggungjawab dalam konteks sekarang mungkin menuntut kita untuk bukan lagi menjadi warganet yang hanya tahu menghentam, suka-suka mengajukan pendapat yang boleh dimanipulasi. Kita sudah mengugurkan seorang menteri, maka tugas kita untuk mengisi pemergian tersebut, seperti mana kita kini bertanggungjawab memulihkan negara selepas menjatuhkan Umno-BN.

Maszlee sudah gugur. Beliau kini bukan lagi menteri kabinet. Ini hakikat dan tidak mungkin boleh diputar kembali ke asal. Kita harus menerima hakikat ini, dan mencari jalan agar apa yang berlaku tidak menambah buruk keadaan, sebaliknya peluang untuk pembaharuan yang lebih baik.

Namun ia tetap akan terus menjadi beban pemikiran. Baru sahaja dalam tulisan yang lalu saya mengajukan keperluan buat setengah pemimpin berundur, tidak pula saya pernah membayangkan kalau ia adalah Maszlee