Setelah teruk dikritik, BTN umum penjenamaan semula

Setelah teruk dikritik, BTN umum penjenamaan semula

Penjenamaan semula Biro Tata Negara (BTN) akan dibuat dengan menambah baik kandungan modul BTN sedia ada bagi mendukung identiti nasional negara.

Ketua Pengarah BTN, Datuk Ibrahim Saad berkata pada peringkat awal ini, BTN mengadakan perbincangan bertujuan mendapatkan maklum balas mengenai peranan yang perlu dimainkan BTN sebagai agensi peneraju patriotisme negara.

“Ia adalah untuk berbincang bagaimana BTN dapat dijenamakan semula dan pengubahsuaian hendaklah bersesuaian dengan keadaan semasa bagi melahirkan semangat patriotisme serta perpaduan dalam kalangan rakyat, selain memahami dasar-dasar negara,” katanya.

Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas sidang meja bulat penjenamaan semula BTN yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, barisan panel yang dilantik daripada anggota Dewan Negara, anggota Parlimen dan tokoh akademik universiti tempatan.

Katanya kumpulan sasaran BTN adalah pelajar sekolah, guru pelatih, mahasiswa, penjawat awam serta siswazah.

Perbincangan kali kedua dijadualkan pertengahan Februari ini manakala modul baharu itu dijangka siap pertengahan Mac ini.

TAGS