“Setengah jam pusing kedai” – Che Ta sanggup naikkan elaun mekap Aaishah kepada RM250 seminggu

Oleh MAISARAH AISYA

Walaupun masih berada di sekolah rendah, umum sedia tahu anak dara kepada pelakon Rozita Che Wan sangat suka akan alat solek berjenama.

Menerusi video dikongsi Che Ta, Aaisyah Dhia Rania dilihat sangat menjaga penampilan ditambah pula berdarah campuran maka kecantikan jelas terserlah.

Dalam satu perkongsian di TikTok, Che Ta memaklumkan dia meletakkan limit RM100 seminggu untuk membeli alat soleknya.

Namun selepas setengah jam berpusing dalam satu kedai kosmetik, Che Ta akhirnya menaikkan elaun kepada RM250.

@rozitachewan1

Harap2 video ni tk kena removed oleh tik tok lah ye😬😬😬😬 . Stress kiter! . Hampa masuk kak pora 55 henggit baqu dpt celak besaq en en ja .. . Ni serum cekang jelita kami ni, dh la guna bahan2 premium, serum pertama kt malaysia yg mengguna SEA FENNEL STEAM CELL yg mana bg cekang serta merta & serum ni adalah serum yg menyahkan JERAGAT .. Nk muka lawa menjelang raya , tekan bag kuning laju2‼️ . #cekangjelita #serumviral #byrcw #cekangsampairaya #rcw #rozitachewan #cheta #aaisyahdhiarana #fyp

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

“Dapat apa RM100? Dah pusing setengah jam tak dapat apa. Jom mommy tambah lagi RM150 jadi RM250,” ujar Che Ta.

Maka terlihatlah senyum gembira si enak apabila dapat membeli barang diperlukan dengan keseluruhan harga RM176.

Disebabkan ada lebihan wang elaun maka Che Ta membawanya untuk dibelanjakan pada minggu hadapan.

“Aaisyah ada bagi lebih kurang RM80. Bawak ke minggu depan ya?” kata Che Ta.

“Thank you (terima kasih) mommy. I love you (saya sayang awak),” balas Aaisyah.

Jika dah mampu apa salahnya dia memberikan yang terbaik dan menyokong minat anaknya itu, tambahan pelakon tersebut juga sentiasa menjaga penampila maka si anak pun ikut sama.

Baca juga: Dituduh ambil dadah dan ‘bela’ Andy, Puteri Sarah saman bekas staf RM1 juta