Setiap hari tunggu depan pagar, anjing masih menanti ‘kawan baik’ yang dah pergi selamanya

Oleh KIM SYAZIE

Seekor anjing yang setiap hari menunggu kepulangan rakan baiknya yang telah mati, meruntun hati warganet.

Menerusi perkongsia video pengguna TikTok @jwong93, dapat dilihat anjing peliharaannya seperti mencari-cari kelibat rakannya si kucing yang difahamkan telah pun meninggalkan mereka selamanya.

Anjing yang bernama Moggy itu dilihat hanya berbaring kesedihan di atas sofa seperti memahami apa yang sedang berlaku.

Lebih meruntun hati, pengguna TikTok itu memberitahu anjingnya sanggup tidak menghabiskan makanannya supaya dapat dimakan si kucing.

“Dia tinggalkan hati ayam untuk Panakau (kucing) kerana Panakau suka curi hati ayam dari mangkuk Moggy.

“Dia tinggalkan dengan harapan kawan baiknya akan datang semula,” tulisnya dalam video.

Moggy juga dilihat makin kerap menunggu di hadapan pagar dan melihat ke arah kubur si kucing seperti menanti kepulangan rakannya itu

Sehingga hari ke-5 pemergian kawannya itu, Moggy hanya tunggu dan tidur mengharapkan kawan baiknya itu akan kembali.

Baca juga: “Kau belajar sampai SPM kan”, Pegawai Kanan Polis berlagak, hina anggota bawahan depan orang ramai