Bila cuti sekolah pastinya pasangan suami isteri baik ada anak atau tidak mahu menikmati rehat secukupnya.
Bukan dibebankan dengan ipar duai dan mentua yang tak habis berkunjung setiap kali ada cuti sekolah.
Seorang wanita Daisy (bukan nama sebenar) berkongsi kisah mentua dan kakak ipar yang kerap berkunjung masa cuti sekolah.
Aku sudah berkahwin, belum dikurniakan zuriat. Mak aku tinggal sekali.
Tajuk ini mengisahkan tabiat keluarga mentua yang suka bermalam di rumah orang (anak menantu dan saudara mara).
Mereka itu termasuklah mentua dan kakak ipar aku. Kak ipar tinggal serumah dengan mentua. Bagi mereka tabiat itu adalah perkara biasa.
Apabila tiba musim cuti sekolah atau cuti umum, rumah aku menjadi sasaran sebagai tempat percutian mereka.
Kak ipar tidak pernah pergi bercuti bersama keluarganya ke tempat lain. Mereka hanya akan menumpang keluarga orang lain untuk pergi bercuti.
Bagi pelbagai alasan
Kerana alasan tidak tahu mencari dan tempah hotel, tidak tahu survey tempat menarik, tidak berani bercuti di tempat orang, tidak yakin tinggalkan mak ayah berdua di rumah.
Sedangkan mak ayah mentua masih kuat untuk menguruskan diri dan rumah.
Ohh ya, mereka tidak pandai melakukan urusan secara atas talian. Ipar bekerja sebagai kerani tetapi tak pandai buat urusan ‘online’. Pelik kan?
Aku penat dan rimas. Aku rasa ok untuk sekali sekala, tetapi sudah banyak kali. Macam sudah jadi normal pula untuk mereka.
Terpaksa sediakan makanan selama mereka tinggal
Mereka datang selama dua hari. Aku harus menyediakan makan tengah hari selama dua hari.
Untuk sarapan pagi aku beli. Untuk makan malam pula kadang-kadang beli, kadang-kadang masak.
Aku pernah mengajak mereka makan di luar, tetapi mak mentua menolak kerana alasan sakit lutut dan tak selesa makan di luar.
Untuk tempat tidur pula, mereka tidur di ruang tamu. Kerana rumah aku hanya ada dua bilik. Bilik kecil sahaja.
Kedua bilik penuh dengan barang-barang aku. Jadi bilik itu mereka hanya gunakan untuk solat dan tukar pakaian.
Mak aku tinggal bersama aku, dia pun jadi rimas kerana tiada tempat berehat. Rumah aku kecil sahaja.
Maka ruang penuh dengan mereka sahaja. Jumlah mereka adalah tujuh orang ya belum masuk aku sekeluarga.
Penat nak layan
Aku bukan tidak suka, aku cuma penat. Aku jadi trauma bila dengar cuti sekolah sebab inilah.
Aku bukan membuka aib. Aku tidak mendedahkan maklumat diri dan family mentua. Aku cuma meluahkan. Aku harap mereka sedar bahawa sikap mereka itu salah.
Akhir kata privacy dan common sense itu penting tau!
Rata-rata netizen menasihati wanita tersebut untuk tawar diri untuk ‘booking’ hotel buat kakak ipar agar tiada lagi alasan digunakan bagi duduk serumah.
Baca juga: “Anak langsung tak dengar cakap, suami pula rela gaduh dengan aku ‘back-up’ mereka”