Keadaan sebuah butik baju raya yang tunggang langgang umpama dibadai ombak mengejutkan pengguna media sosial.
Menerusi rakaman video dikongsikan seorang pengguna TikTok, terlihat berkotak-kotak baju raya bertaburan di lantai, dengan ada yang sudah pun terkoyak dipijak pelanggan.
Suasana tersebut amat janggal dan luar dari kebiasaan kerana jarang rakyat Malaysia menyerbu butik-butik baju raya sehingga berlaku hal yang tidak sedap dipandang.
“Sumpah kesian gila dengan staff dia orang kalau gini, dah macam kena serang dengan zombie,” demikian kapsyen pada video yang dikongsikan @nfakkkkk.
Di tengah-tengah keributan itu, terlihat salah satu kotak tersebut tertulis nama kedai Muaz.
Biarpun ada yang meluahkan rasa kasihan, namun situasi itu bukanlah perkara baharu kerana gedung pakaian Muaz sentiasa dikunjungi orang ramai sehingga pekerja tidak cukup tangan untuk membereskan pakaian yang tidak terlipat.
Muaz di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) juga kebiasaannya mempunyai suasana serupa. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi kedai Muaz yang ditularkan dalam video pengguna tersebut.
“Apa nak hairan ini kan Muaz. Setiap kali raya memang macam kena ribut kedai dia,” seloroh seorang pengguna TikTok
“Muaz kena terhadkan berapa orang boleh masuk kedai dalam satu masa. Kalau tak memang beginilah jadinya,” komen yang lain.
“Tiap-tiap tahun kena serang. Kadang kesian dengan pekerja dia orang,” komen pula pengguna lain.
“Orang kita bila nak cuba baju ambil yang belakang-belakang. Bila saiz dah muat dia campak hat yang dah cuba lepastu then pula ambil yang baru,” komen netizen.
Baca juga: ‘Stress’ tengok tisu melekat pada baju dalam mesin basuh, rupanya ada cara nak buang dengan cepat