Walaupun hubungan terputus di tengah jalan, itu tidak menjadi alasan untuk penerbit Gayatri Su-Lin memutuskan persahabatan bersama pelakon Zul Ariffin.
Tular gambar penerbit tersebut menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama Zul sekeluarga dalam satu gambar yang dimuat naik.
Menurut Kosmo! Online, Gayatri memaklukan terkejut dengan gambar yang meraih perhatian ramai sedangkan dia memang setiap tahun sambut bersama keluarga Zul.
“Saya rasa dari dulu setiap kali raya, saya akan muat naik beraya di rumah Ariffin (ayah Zul Ariffin).
“Namun, saya tidak tahu kenapa jadi bualan kali ini walaupun setiap tahun saya muat naik gambar beraya di tempat sama,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Tak terburu nak kahwin
Gayatri mengakui enggan terburu-buru dalam menamatkan zaman bujang dan menyerahkan urusan jodoh kepada Tuhan.
“Saya tidak akan jawab spekulasi hubungan dengan Zul. Saya pun sudah 49 tahun, kalau saya tergesa-gesa mahu berkahwin dari dulu lagi saya sudah buat.
“Kahwin sememangnya perkara penting juga tetapi bukanlah sesuatu yang saya tekankan dari dulu.
“Kalau jadi bersama Zul, jadilah. Jika dengan orang lain pun okey. Sekarang jodoh di tangan Tuhan,” tambahnya.
Masih akrab walaupun hubungan sudah berakhir sembilan tahun lepas, Zul menepis dakwaan cintanya dengan Gayatri bertaut kembali namun mengakui dia adalah insan istimewa.
Baca juga: Sah cerai talak satu, ini alasan Adira enggan tuntut sebarang nafkah dari Datuk Red