Setiap tahun kita ‘disajikan’ dengan klip video pendek lelaki menari secara menggeletis dalam muzik video raya milik usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Walaupun ditegur setiap tahun oleh netizen tapi tiada perubahan dilakukan malah makin lama makin menjadi.
Sepatutnya di Hari Raya Aidilfitri kita meraikan kesenangan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan, bulan yang sepatutnya membawa keinsafan.
Terbaru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video Aliff Syukri lapor Kosmo! Online.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil berhubung sedutan klip video tersebut.
“Saya telah menonton sebahagian video yang telah dimuat naik dan saya telah minta MCMC untuk meneliti perkara ini dan mengambil tindakan bersesuaian
“Tetapi pada masa sama, ramai yang mungkin mengambil maklum keputusan Datuk Seri Aliff Syukri untuk tidak memuat naik (klip penuh) video berkenaan.
“Buat masa ini, kita biarkan dahulu,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Dalam pada itu, Fahmi turut menasihati pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial supaya menghasilkan kandungan yang sesuai dengan semua lapisan umur.
Sebelum in tular mengenai baju melayu ketat dikenakan penari dalam muzik video, ditambah pula dengan adegan mandi dalam ‘bath tub’.
Aksi tersebut dilihat tidak menghormati Hari Raya Aidilfitri dan kesucian bulan Ramadan apabila memuat naik klip pendek itu.
Baca juga: Aliff Syukri buat hal? Rakam lagu raya dalam ‘bathtub’, siap dengan penari menggeletis lagi