Malaysia Dateline

Setiausaha Pertahanan AS letak jawatan Februari depan

Presiden Donald Trump, berkata bekas Jeneral Kor Marin, Jim Mattis akan melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat mulai akhir Februari depan.

Trump mengumumkan perkara itu menerusi Twitter, semalam.

Peletakan jawatan sudah dijangka selepas pengumuman yang dibuat Trump kelmarin, bahawa beliau akan memanggil balik tentera Amerika Syarikat yang berada di Syria, walaupun mendapat bantahan sekutu rapatnya dan pegawai kanan tentera negara itu.

Presiden Amerika Syarikat itu berkata, beliau akan mengemukakan calon bagi mengisi kekosongan jawatan itu tidak lama lagi.

Sementara itu, Mattis dalam surat peletakan jawatannya berkata: “Kamu (Presiden Trump) mempunyai hak untuk mempunyai Setiausaha Pertahanan yang mempunyai pandangan yang sama seperti kamu.

“Saya rasa adalah tepat pada masanya untuk meletakkan jawatan”. – Reuters/AFP