Setiausaha politik dibebas tanpa dakwaan selepas bukti tiada pertentangan kepentingan

Setiausaha politik dibebas tanpa dakwaan selepas bukti tiada pertentangan kepentingan

Menteri Undang-undang menjelaskan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melepaskan dan tidak mendakwa setiausaha politik kepada Menteri Pertanian kerana setelah disiasat beliau telah berjaya buktikan tidak wujud pertentangan kepentingan.

V K Liew ketika menjawab soalan dari ahli Dewan Negara, Datuk Seri Ibrahim Abu Shah berkata, SPRM telah melepaskan pegawai berkenaan setelah beliau berjaya buktikan di mana sumber kewangannya untuk memiliki jam tersebut.

“Saya difahamkan pegawai berkenaan telah isytiharkan dia punya interest (kepentingan) dalam perkara itu sebelum pihak SPRM membuat tindakan.

So this isu of comflict of interest (isu pertentangan kepentingan) seperti disebut YB senator tidak wujud memandangkan dia telah declare his intrest in the particular case (isytihar kepentingannya dalam kes ini),” jelas V K Liew.

Pada 2 April lalu, Setiausaha Politik Menteri Pertanian telah ditahan reman selama empat hari oleh SPRM selepas menerima laporan yang mendakwa beliau menerima rasuah sebuah jam tangan yang didakwa bernilai RM28,000.

Namun selepas tiga hari ditahan reman, beliau dibebaskan dan tidak dikenakan sebarang dakwaan kepada beliau sehingga kini.