Setiausaha Politik dibebaskan lebih awal selepas perintah reman 4 hari

Setiausaha Politik dibebaskan lebih awal selepas perintah reman 4 hari
Sabki Yusof (baju kemeja biru) dibebaskan 2 hari lebih awal hari ini walaupun perintah tahanan reman 4 hari.

Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dibebaskan lebih awal hari ini, berbanding kebenaran tahanan reman selama empat hari yang dibenarkan mahkamah.

Pegawai berkenaan dibebaskan di Mahkamah Majistret hari ini selepas berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama tiga malam termasuk selepas satu hari ditahan.

Pembebasan awal beliau disambut oleh keluarga dan rakan-rakan beliau diperkaranangan Istana Kehakiman Putrajaya.

Pegawai itu ditahan oleh SPRM selepas dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM petang Isnin lepas.

Beliau kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret pada keesokan harinya dan hakim membenarkan beliau ditahan reman selama empat hari namun dibebaskan lebih awal hari ini.

pada Isnin SPRM dilaporkan menahan seorang setiausaha politik seorang menteri kerana disyaki menerima suapan berbentuk seutas jam tangan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM28,000.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 47 tahun tersebut ditahan pada kira-kira pukul 5 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.