Dapat dilihat orang Malaysia sangat kreatif dalam mencari duit tambahan apatah lagi sampai sanggup sewakan diri dengan menjadi teman lelaki upahan.
Bukan senang tahu nak berpura-pura menjadi teman lelaki, pastinya terpaksa pelajar mengenai wanita untuk membuat keluarganya percaya.
Seorang lelaki di TikTok, @kin._ memuat naik video mengenai pengalamannya menjadi teman lelaki upahan dengan bayaran RM50.
Dia berkongsi bagaimana harinya bermula dan berjumpa , bermesra serta berkenalan dengan keluarga ‘teman wanitanya’.
Lebih melucukan dia juga menerima ‘angpao’ daripada datuk dan ayah pasangannya itu.
Walaupun tidak ada dalam skop kerja, lelaki tersebut juga terpaksa membasuh periuk yang digunakan di dapur, malah terpaksa membantu mengeringkan rambut pasangannya itu.
Di penghujung video, lelaki tersebut memaklumkan dia tidak akan menyewakan lagi dirinya kerana ia sangat memenatkan.
Namun pengguna, Jasmine_ mula berseloroh mahu menyewanya untuk sambutan hari raya nanti.
“Serius ke ni Kinnnn? Available ke ramadhan dan hari raya nanti,” katanya.
Kalau nak duit tambahan nanti boleh cuba cara lelaki ini untuk dapatkan duit poket, mana tahu selain duit ada jodohnya.
Baca juga: Ibu resah bayi tak berhenti nangis dalam pesawat, nasib baik ada pramugari bantu