Sewangi Rock Melon di ladang, semanis dihidang

Sewangi Rock Melon di ladang, semanis dihidang

Rock Melon atau Cantaloupe (Cucumis melo L.) merupakan sejenis tanaman yang tergolong dalam famili Cucurbitaceae.

Rock Melon adalah buah buahan dari spisis yang sama dengan timun,tembikai,tembikai susu dan seangkatan dengannya, pokok yang serupa dan bunga yang serupa, yang berbeza hanyalah buahnya. Saiz buahnya boleh dianggarkan seberat 500g ke 5kg.

Tanaman ini amat terkenal di Amerika Syarikat dengan kepelbagaian jenis melon. Di Eropah, Rock Melon mempunyai struktur berjalur ringan dan memiliki kulit yang berwarna kelabu kehijauan, manakala di Amerika Utara, buahnya berwarna coklat cair dan mempunyai struktur berjaring.

Buah Rock Melon ini mempunyai isi yang berwarna oren dan mempunyai rasa yang manis. Jika buah ini dibiarkan terlalu lama tanpa dituai, isinya  akan menjadi terlalu manis dari rasa yang sepatutnya  kerana kandungan gula di dalam buah  akan meningkat dari semasa ke semasa.

Di Malaysia, penanaman Rock Melon atau lebih dikenali sebagai Tembikai Wangi  telah giat dijalankan secara fertigasi dan dipasarkan secara meluas demi meningkatkan produktiviti hasil pertanian, di samping mempromosikan kebaikan Rock Melon kepada masyarakat di negara kita.

Walaupun proses menanam dan penjagaan Rock Melon dikatakan agak sukar serta membabitkan kos tinggi, ia mampu meraih pendapatan lumayan.

Lensa meninjau sebuah ladang tanaman Rock Melon di Kampung Asam Jawa yang diusahakan oleh Salehin Mohamed,56,  atau mesra dipanggil Pak Salehin,  sejak tiga tahun lalu tanpa bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan.

Pak Solehin telah mengusahakan ladang ini sejak 3 tahun lepas tanpa bantuan agensi kerajaan.

 

Perladangan Rock Melon sangat menguntungkan kerana boleh tuai empat kali setahun.

Ladang Pak Solehin mampu menghasilkan sekitar 3,500 biji Rock Melon setiap tiga bulan.

Buah yang dipetik akan dibersihkan sebelum dijual kepada pemborong.

Sebiji buah ini dijual pada orang tengah sekitar harga RM8 – RM11 mengikut gred.

Perladangan Rock Melon sangat menguntungkan kerana boleh dihasilkan sebanyak 4 kali setiap tahun.

 

2,145 total views, 16 views today

CATEGORIES