Malaysia Dateline

Shafie Apdal angkat sumpah jawatan ketua menteri hari ini

Shafie angkat sumpah jawatan pagi ini.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru pagi ini.

Majlis dijadualkan berjalan di Istana Negeri jam 9.30 pagi, kata Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua hari ini.

“Perjuangan kita selama ini tidak sia-sia,” kata beliau dalm satu kenyataannya.

Sebelum ini, Datuk Musa Aman telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri.

Ini bermakna, beliau antara ketua menteri paling singkat penggal ini selepas jatuh sebelum sempat melantik barisan Exconya.