Malaysia Dateline

Shafie bagi amanat terakhir menjelang undi jam 9 malam ini

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan memberikan amanat kepada seluruh pengundi dalam pilihan raya umum negeri Sabah jam 9 malam ini.

Dalam siaran langsung yang bakal disiarkan melalui facebook beliau itu, Shafie dijangka memberikan pesanan terakhir menjelang mereka membuang undi Sabtu ini.

“Amanah khas kepada seluruh rakyat Sabah,” adalah tajuk poster yang diedarkan team media Shafie untuk orang ramai malam ini.

“Malam ini insyaAllah kita bertemu di ruangan maya fb ini. #BerpaduDemiMaruah #InGodWeTrust #UniteWeMust,” tulis Shafie melalui facebook beliau, Shafie Apdal.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 1,124,598 orang pemilih layak membuang undi dalam pilihan raya Sabtu ini selepas pengundi awal membuang undi beberapa hari lepas.

Warisan Plus pimpinan Shafie adalah gabungan parti Warisan, PKR, DAP, AMANAH dan UPKO.