Malaysia Dateline

Shafie ingatkan pembangkang sedia hadapi PRU-15

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal percaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan mungkin tidak lama lagi terutama dengan ketidaktentuan politik semasa.

Menurut Ketua Menteri Sabah itu, Perdana Menteri mungkin akan membubarkan Parlimen susulan hanya 111 undian menyokong usul menukar speaker Dewan Rakyat berbanding 109 yang menentang pada persidangan kelmarin.

Sehubungan itu, Shafie yang sebelum ini dicalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri mengingatkan pembangkang perlu bersedia menghadapi PRU-15.

“Kita harus menyedarinya, tekanan yang datang (terhadap Muhyiddin), apa sahaja boleh berlaku.

“Kamu dapat membayangkan 109 undi (menentangnya) di Parlimen, dan pembentangan belanjawan untuk tahun depan akan dibuat dalam masa beberapa bulan …

“Maksud saya, jika kamu tidak mendapat majoriti, ini akan menjadi kedudukan yang sangat janggal bagi parti yang memerintah.

“Bahkan, sekarang orang boleh menyoal mereka, bahawa mereka bahkan tidak memiliki majoriti mudah,” katanya ketika diwawancara media semalam.