Shahidan cadang MB Perlis dipecat keahlian Umno, mahu PM campurtangan

Shahidan cadang MB Perlis dipecat keahlian Umno, mahu PM campurtangan

Umno Perlis mencadangkan agar Menteri Besar Perlis yang baharu mengangkat sumpah hari ini Datuk Seri Azlan Man dipecat keahliannya serta merta.

Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata, Azlan sepatutnya tidak terima pelantikan itu (menteri besar) kerana tidak mendapat sokongan majoriti.

Sidang akhbarnya yang diadakan di Bangunan Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, turut dihadiri oleh sembilan Adun BN Perlis yang gagal hadir pada majlis mengangkat sumpah jawatan itu pagi ini.

Sebaliknya ia dihadiri oleh tiga Adun Pakatan Harapan (PH) dan dua Adun Pas hadir.

Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya campur tangan dalam pelantikan menteri besar itu.

“Kita menang 10 kerusi dan menang 2 pertiga kerusi Kita sudah letak surat kuasa untuk pilih Datuk Ismail Kassin sebagai MB.

“Kita mohon Tun (Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk review semula kuasa memilih perdana menteri dan menteri besar.Ini kes kami di Perlis kena niaya, kata Shahidan.

Shahidan juga memohon Raja Perlis supaya tidak campur tangan pentadbiran negeri.

Katanya, Azlan dilantik tanpa surat perlantikan dari BN dan tindakan melantik seseorang yang tidak dapat sokongan majoriti sebagai menteri besar adalah tidak beretika dalam perlembagaan.

Datuk Seri Azlan Man menerima watikah dan mengangkat sumpah dihadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini di Istana Arau pagi tadi..

Pertikaian jawatan pelantikan Menteri Besar Perlis menimbulkan persoalan apabila Shahidan yang dikatakan mewakili BN Perlis menamakan adiknya yang juga Adun Tambun Tulang, Ismail sebagai calon bagi jawatan itu.

Namun pencalonan itu menimbulkan persoalan, apabila Azlan mendakwa tidak dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan hanya mengetahui mengenai cadangan itu melalui laporan media.

Azlan dalam kenyataannya dipetik berkata, apa jua keputusan yang dibuat juga perlu mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Malah paling mengejutkan adalah tiga kerusi Parlimen yang selama ini ‘disapu bersih’ oleh BN pada setiap kali pilihan raya gagal dipertahankan apabila Parlimen Kangar tumbang kepada PKR.

Hari ini Azlan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Balai Menghadap, Istana Arau jam 11.10 pagi tadi.

Azlan,60, yang juga Adun Bintong, dilantik sebagai MB Perlis bagi penggal kedua selepas BN berjaya mempertahankan negeri ini pada PRU14 lalu.

Bagaimanapun BN Perlis mencatatkan prestasi terburuk sepanjang pembabitan mereka dalam pilihan raya apabila daripada 15 kerusi Dun yang dipertandingan, BN Perlis hanya menang 10 kerusi Dun sahaja berbanding 13 kerusi pada PRU-13 lalu.

6.0
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 4.5