Malaysia Dateline

Shahnon Ahmad meninggal dunia, dikebumi selepas zohor

Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang dekat sini, kira-kira jam 8 pagi ini.

Memetik laporan Berita Harian online, Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Saifullizan Yahaya berkata, beliau dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Asrul Sani.

“Jenazah akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3 Bandar Baru Bangi selepas solat Zohor hari ini,” katanya kepada BH pagi ini.

Allahyarham  Shahnon Ahmad dilahirkan di Sik Kedah pada 1933. Beliau ialah seorang penulis Malaysia, mendapat gelaran Sasterawan Negara, serta bekas Ahli Parlimen.

Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982 dan pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.