Shahril Ridza mulakan tugas Pengarah Urusan Khazanah hari ini

Shahril Ridza mulakan tugas Pengarah Urusan Khazanah hari ini

Datuk Shahril Ridza Ridzuan hari ini memulakan tugasnya sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd.

Beliau yang tiba di pejabat Khazanah Nasional di Kuala Lumpur City Centre pada 8.50 pagi, disambut oleh para pegawai cabang dana pelaburan kerajaan itu.

Shahril yang sebelum ini berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tan Sri Azman Mokhtar.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini ialah penegrusi baharu dana kekayaan negara itu, menggantikan, Datuk Seri Najib Razak yang meletak jawatan pada 31 Mei.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Dr Sukhdave Singh, dan Goh Ching Yin turut dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah.

Ini berikutan peletakan jawatan beramai-ramai oleh sembilan ahli lembaga pengarah Khazanah termasuk Azman pada 26 Julai, bagi memudahkan peralihan yang lancar dan teratur di bawah kerajaan baharu.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote