Shahrir tidak kisah siapa calon dari PKR menentangnya

Shahrir tidak kisah siapa calon dari PKR menentangnya

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak kisah siapa calon PKR yang akan diumumkan bertanding di Johor Bahru dan parti itu mempunyai hak untuk meletakkan mana-mana calon yang mereka suka.

Beliau berkata, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar adalah nama ketiga yang dikaitkan bertanding di bandar raya ini selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan adiknya sendiri, Khalid Samad.

Beliau tertunggu-tunggu nama calon yang akan diumumkan oleh PKR untuk bertanding bagi Parlimen Johor Bahru.

“Cuma Nurul Izzah ini masa bertanding pada pilihan raya umum lepas, dia membuat sidang akhbar saat akhir menuduh lawannya ada terlibat rasuah menyebabkannya menang dengan majoriti lebih 1,000 undi.

“Akhirnya, dia kena membuat permohonan maaf atas tuduhan tersebut namun ketika itu dia sudah menang. Jadi saya nasihatkan sesiapa yang bertanding di sini janganlah buat begitu dan biarlah pengundi menilai siapa calon yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera Johor Bahru, hari ini seperti lapor utusanonline.

COMMENTS

Wordpress (0)