Shahrizat ganti Rizalman di Bandar Tun Razak?

Shahrizat bakal ganti Rizalman selepas diselubungi isu dadah.

Selepas Ketua Umno Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar mendakwa beliau diperangkap dalam kes dadah, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil disebut-sebut sebagai calon parlimen Bandar Tun Razak.

Menurut laporan media berdasarkan sumber Umno, Parlimen Bandar Tun Razak bakal ditandingi oleh Ketua Wanita Umno dan BN itu.

Beliau pula bakal dilantik sebagai menteri penuh sekiranya memenangi Parlimen Bandar Tun Razak.

Namun, Shahrizat berkata, ia hanya spekulasi sahaja.

“Spekulasi. Serius (betul). Saya akan maklumkan kalau sudah dapat berita (makluman) mengenainya (pencalonan Parlimen Bandar Tun Razak,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) kepada NSTP, semalam.

Tan Sri Shahrizat Jalil ialah bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Beliau memegang jawatan Ketua Wanita UMNO setelah menewaskan pencabarnya yang juga merupakan penyandang terdahulu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz semasa Perhimpunan Agung UMNO 2009.

Rizalman ditahan polis selepas ujian air kencing terhadapnya positif dadah selepas ditahan dalam satu serbuan polis di DE Vegas, sebuah kelab malam terkemuka di ibu negara.

Rizalman tidak mengaku bersalah menagih dadah dan jika ujian air kencing itu positif dadah sebagaimana dilaporkan, ia adalah perangkap terhadap beliau.

“Saya menafikan terlibat dalam salah guna dadah.

“Ujian air kencing positif perangkap kepada saya untuk rosak nama baik saya,” kata beliau dalam sidang media yang tirut disertai dua peguamnya.

Rizalman berkata, beliau akan teruskan khidmatnya sebagai ketua bahagian Umno Bandar Tun Razak selagi parti sedia menerima khidmatnya.

“Saya sedia meletakkan jawatan jika mahkamah mendapati saya bersalah nanti,” kata Raizalman.

Kenyataan polis selepas itu mengesahkan Rizalman bebas dari dadah selepas air kecingnya itu diuji dimakmal.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS