Shahrizat wajar tegur Najib letak jawatan, kata Naib Presiden PKR

Shahrizat wajar tegur Najib letak jawatan, kata Naib Presiden PKR


Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya menegur Datuk Seri Mohd Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri berbanding untuk mendesak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

Shamsul Iskandar Mohd AkinTan Sri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya menegur Datuk Seri Mohd Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri  berbanding untuk mendesak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

“Sekiranya beliau benar-benar perihatin dengan kehidupan rakyat Malaysia yang saban hari semakin dihimpit kesusahan, seeloknya Datuk Seri Shahrizat menegur Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Shahrizat seharusnya malu untuk terus dipimpin Perdana Menteri Kleptokrat. Apakah Shahrizat tidak punya rasa malu dengan skandal 1MDB, Forest City dan GST yang membebankan rakyat Malaysia.

“Justeru jika Shahrizat masih boleh berfikir dan perihatin dengan nasib rakyat, bukanlah Datuk Seri Wan Azizah yang menjadi sasaran akan tetapi sewajarnya Shahrizat menggesa Datuk Seri Najib yang meletak jawatan,” ujar Naib Presiden PRK Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataannya.

Beliau berkata, Shahrizat seharusnya berdiam diri dan tidak layak menegur Presiden PKR itu untuk meninggalkan jawatan Ketua Pembangkang.

“Saya mengecam kebiadapan Tan Sri Shahrizat yang dengan angkuhnya menyuruh Datuk Seri Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

“Seharusnya beliau berdiam diri sahaja daripada mempamerkan keangkuhan kerana kenyataan beliau berkenaan Presiden Parti Keadilan Rakyat itu hanya akan dianggap bahan ketawa sahaja.

“Tidakkah beliau menyedari bahawa beliau tidak layak menegur Presiden Parti Keadilan Rakyat untuk meninggalkan jawatan Ketua Pembangkang, kerana Datuk Seri Wan Azizah itu dipilih rakyat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh serta Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang dan sebagai Ketua Pembangkang oleh komponen Pakatan Harapan.

“Sedangkan Tan Sri Shahrizat bukanlah dipilih rakyat di mana-mana kawasan parlimen mahupun dewan undangan negeri,” ujarnya.

Shamsul Iskandar mengulas mengenai desakan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu, pada Sabtu lalu, agar Presiden PKR itu melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang dan membiarkan penasihat DAP Lim Kit Siang mengambil alih peranan itu.

Desakan itu dibuat bagi mengelak orang Melayu daripada terpedaya dengan muslihat politik Kit Siang dan DAP.

Shahrizat dipetik berkata, Kit Siang memilih Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang hanya untuk meyakinkan orang Melayu bahawa pakatan pembangkang dikuasai pemimpin Melayu, sedangkan yang sebenarnya, ia dikuasai DAP dan pemimpin Melayu hanya dijadikan boneka politik mereka.

Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil berkata, Shahrizat sewajarnya tidak menjadikan Presiden PKR itu sebagai sasarannya untuk meraih tumpuan dalam menghadapi kempen pilihan raya akan datang.

“Walaupun desas desus pilihanraya umum akan diadakan tahun ini atau tahun hadapan bertiup kencang, Shahrizat tidak sewajarnya menjadikan Presiden Parti Keadilan Rakyat sebagai sasaran untuk menagih tumpuan dan perhatian,” ujarnya.

TAGS