Pelakon Shamsul Ghau Ghau tidak kisah mengakui dia kini berusaha memanfaatkan media sosial untuk kekal relevan dalam industri seni.
Baginya ia adalah cara untuk lebih mudah mendekati peminat sesuai dengan peredaran zaman.
Bagaimanapun Shamsul berkata, artis veteran yang mahu kekal aktif di media sosial perlu lebih cekal kerana perlu berhadapan dengan kecaman netizen.
Shamsul berkata, platform sosial media boleh menjadi sangat berguna namun tetap menakutkan kerana apa yang diperkatakan netizen boleh menjejaskan kesihatan mental.
“Kalau nak masuk dalam era sekrang, kena tahan. Kalau teringin nak dikecam silalah komen isu terkini seperti cerai-berai tapi kalau cepat koyak, jangan cuba.
“Mujur saya jenis tak cepat terganggu tapi kalau orang jenis cepat terasa hati akan cepat terasa,” katanya menurut mStar.
Shamsul atau Shamsul Azahar Aliddin, 55, berkata jika artis veteran tidak cuba menggunakan sosial media, pasti akan ketinggalan.
Baca juga: “Abang ipar tak kerja tapi nak kahwin, mentua pula suruh suami tanggung kos majlis”