Shazni, lima lagi dipanggil polis beri keterangan hari ini

Shazni, lima lagi dipanggil polis beri keterangan hari ini

Pengarah Mobilasi Pakatan Harapan Shazni Munir Mohd Ithnin dan lima lagi individu akan dipanggil pihak polis hari ini berhubung dengan himpunan yang dinamakan ‘Selamatkan Negara, Tangkap Pencuri’ yang diadakan pada 14 April lalu.

Antara penama yang turut di panggil memberikan keterangan ialah Pengarah Eksekutif Suharam Sevan Doraisamy, dua aktivis pelajar Muhammad Luqmanul Hakim dan Asheeq Ali Sethi Alivi dan aktivis Quratulain Atiqah dan Fadiah Nadwa Fikri.

Kesemua mereka akan hadir di Ibupejabat Polis Dang Wangi pada jam 11 pagi ini.

Himpunan yang dinamakan ‘Selamatkan Negara, Tangkap Pencuri’ anjuran Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL).

AMCJL juga telah menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara Datuk Mohamad Fuzi Hassan pada 12 April sebelum himpunan diadakan yang bermula dari pusat membeli belah Sogo ke Ibupejabat Polis Bukit Aman pada 14 April.

Perhimpunan itu diadakan untuk menggesa penangkapan ahli perniagaan Low Taek Jho, yang merupakan tokoh penting dalam penyiasatan terhadap pengubahan wang haram di Amerika Syarikat dan dinamakan dalam siri saman pelucuthakan yang berkaitan.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0