Malaysia Dateline

Shazni Munir Ketua Pemuda AMANAH yang baharu

Shazni Munir Mohd Ithnin telah dipilih sebagai Ketua Pemuda AMANAH Nasional yang baharu dalam satu mesyuarat khas pemilihan Ketua Pemuda AMANAH bertempat di Wisma AMANAH Negara hari ini.

Turut dipertandingkan jawatan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional dan Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional kerana jawatan tersebut perlu dikosongkan bagi membolehkan calon masing-masing bertanding dalam pemilihan hari ini.

Muhammad Taqiuddin Cheman telah dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda manakala Mohd Hisyamudin Ghazali pula dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda.

Seramai 34 exco Pemuda AMANAH Nasional termasuk Ketua-ketua Pemuda AMANAH Negeri seluruh Malaysia, terlibat dalam pemilihan pada hari ini.

Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Khairuddin Daud berkata, pemuda AMANAH bertekad untuk mengembalikan mandat rakyat yang dirampas oleh kerajaan kleptokrat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan terus mendokong kepimpinan AMANAH yang diterajui Presiden AMANAH, Tuan Hj Mohammad Sabu.

Pemilihan ini diadakan ekoran bekas Ketua Pemuda AMANAH Nasional yang juga Adun Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim bertindak keluar daripada Pakatan Harap dan isytihar menjadi Adun bebas untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional Perak, berikutan itu beliau secara tidak langsung turut dilucutkan keahlian AMANAH.