Malaysia Dateline

‘Shoot-to-kill’ penjenayah rasuah: Adakah ia benar-benar solusi?

Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh pihak media bagi mendapatkan komen saya berkaitan kenyataan adik kepada penjenayah kleptokrasi mega berhubung pendapat beliau mengenai kaedah untuk menyelesaikan isu jenayah rasuah yang agak berleluasa di negara ini.

Saya tidak dapat memberi komen ketika itu kerana saya agak sibuk dengan beberapa program di luar kawasan untuk beberapa hari.

Media lapor adik kepada penjenayah itu mencadangkan untuk negara ini meniru bagaimana kerajaan Hong Kong menyelesaikan isu rasuah di negara tersebut pada tahun 1970 an.

Menurut beliau, kerajaan Hong Kong menawarkan dua tawaran solusi iaitu mengampunkan para penjenayah yang melakukan kesalahan jenayah rasuah pra 1977 dan mengenakan hukuman keras iaitu “shoot to kill” bagi pesalah jenayah rasuah pasca 1977.

Sebenarnya, jika saya nak ulas isu ini secara terperinci mungkin artikel ini akan menjadi terlalu panjang. Isu ini ada kaitan dengan beberapa teori filsafat hukuman jenayah itu sendiri. Oleh itu saya tidak bercadang untuk lakukan hal tersebut di sini.

Solusi shoot-to-kill tak akan selesaikan jenayah rasuah

Dengan hormat, saya tidak rasa mengenakan hukuman keras seperti “shoot to kill” itu boleh dengan sendirinya menyelesaikan masalah jenayah rasuah.

‘Shoot-to-kill’ secara mudah merujuk kepada hukuman bunuh atau hukuman mati (death penalty).

Antara isu besar dalam perbahasan panjang tentang merit dan demerit hukuman mati antaranya dikatakan bahawa pesalah yang hendak dijatuhkan hukuman itu hakikatnya menanggung penderitaan dan azab mental (mental agony) yang agak kronik malahan sebelum hukuman itu ingin dilaksanakan.

Atas dasar itu ada pendapat yang habaq pesalah ibarat dihukum dua kali.

Sebab itu, setengah negara mengharamkan hukuman mati kerana hukuman itu dianggap sebagai hukuman yang bersifat cruel and unusual punishment!

Ada juga yang bahas tentang kerumitan dalam menaksir pampasan jika sekiranya pesalah hukuman mati diandaikan tersalah dihukum (wrongful execution).

Ya, saya sedar dalam sistem jenayah Islam wujud juga hukuman mati bagi kesalahan serius tertentu. Seperti saya habaq artikel ini akan menjadi terlalu panjang jika saya berhasrat mengulas tajuk itu juga di sini.

Baca juga: Duduk Malaysia memang sangat susah, wanita ini kongsi pengalaman dapat banyak simpan duit kerja di UK

Baca juga: Tiada istilah pindah roh dalam agama Islam