Malaysia Dateline

Shopee catat 12 juta pesanan pada 12.12

Shopee, platform e-dagang utama di Asia Tenggara dan Taiwan, mencatatkan lebih 12 juta pesanan di rantau ini dalam tempoh 24 jam pada 12 Dis, mengatasi semua rekod yang lepas, termasuk Shopee 11.11 Big Sale baru-baru ini.

Dalam kenyataan hari ini, platform itu berkata ia mencatatkan 48 juta kunjungan berikutan pengguna berbelanja untuk 60 juta urus niaga dalam semua kategori, dengan Watsons, Nestle, Pet Pet, Realme dan Petronas menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna.

Pengarah Urusan Serantau Ian Ho berkata Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee merupakan satu lagi pencapaian penting susulan platform itu meraikan pertumbuhan yang semakin pesat pada tahun ini.

“Ia merupakan suku tahun yang menarik bagi kami berikutan kami berjaya mengatasi rekod sebelum ini dan menetapkan penanda aras baharu untuk dicapai pada tahun depan. Kami berharap semua pihak dapat menyertai kami dalam mencapai tahap yang lebih tinggi pada 2019,” katanya.

Beliau berkata platform itu turut menyaksikan sebanyak 16 juta muat turun di Malaysia, pencapaian yang besar susulan ia terus menjadi peneraju dalam industri e-dagang.

— BERNAMA