Shuhada dituduh persenda agama, rakam video ‘kalau wanita boleh kahwin 4’

Oleh WAN SITI AMINAH

Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada kembali mencuri perhatian ramai setelah memuat naik rakaman video di laman Instagram miliknya.

Mana tidaknya, wanita yang kini bergelar selebriti media sosial itu telah bertindak berkongsi hantaran dianggap orang ramai bagai mempersendakan hukum agama.

Berdasarkan video itu, Shuhada tampil melakukan gerak suara lagu ‘Ku Menangis’ kononnya menggambarkan reaksi lelaki jika wanita dibenarkan berkahwin empat.

Seolah-olah sengaja mengundang kecaman, rakaman tersebut dimuat naik Shuhada dipercayai bertujuan untuk mempromosikan produk minuman menguruskan badan.

“Mungkin macam inilah lelaki (menangis) kalau dia dimadukan. Yang penting kita setia dengan yang satu (produk kuruskan badan),” tulis ibu tunggal itu di ruangan kapsyen.

Seperti yang dijangka, wanita berusia 29 tahun itu dikritik hebat oleh pengguna media sosial kerana tergamak merakam ‘content’ murahan bagi mempromosikan produk.

Rata-rata pengikut yang prihatin turut tampil menegur pemilik nama sebenar Nurul Shuhada Mat Shukri kerana telah mempermainkan hukum poligami dalam Islam.

“Bukan tak boleh ‘sporting’. Tetapi apabila bab agama, tak sewajarnya dibuat main. Macam mempersendakan hukum Allah,” kongsi seorang pengguna yang prihatin.

“Shu, lebih bagus buat perkara lain yang bermanfaat. Tiada faedah buat ‘content’ macam ini. Baik kita amalkan perbuatan sunat yang Allah perintahkan.” Kata pengguna lain.

@shushukrii

Cenggini la kot diaa kalau lelaki dimadukan 😌. Yang penting kita setia dgn yang syahtuuu @berryshape_hq 🤪 #fyp

♬ original sound – shu shukri – shu shukri

Menyedari hantaran itu tidak disenangi pengikutnya, Shuhada hanya bertindak menutup ruangan komen Instagram miliknya tanpa menghiraukan nasihat orang ramai.

Terdahulu, Shuhada mula meraih ramai peminat setelah mendedahkan kecurangan bekas suami, Hafidz Roshdi di media sosial sebelum lelaki itu bertindak melafazkan cerai.

Pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada 30 April 2016 lalu itu kemudian disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai tahun ini oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Hal ini kerana, mahkamah mendapati lafaz cerai talak satu Hafidz Roshdi secara lisan terhadap Shuhada pada 22 Februari lalu sah dan mengikut hukum syarak.

Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, Shuhada dan Hafidz telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, berusia dua tahun.

Baca juga: “Bukan saya bagi markah pada diri sendiri” – Jaclyn Victor sedar kemenangan dipertikai peminat artis lain