Si miskin menyambut raya

Tidak sampai dua minggu lagi, Hari Raya Idulfitri akan menjelang di mana umat Islam, seperti biasa, membuat persiapan menyambutnya dengan kadar kemampuan masing-masing.

Dalam suasana yang begini, dengan keadaan kriisis ekonomi yang melanda, harga barang melambung naik, nilai ringgit ysng rendah, pembuangan pekerja begitu ramai di pelbagai sector, suasana hari raya akan disambut dengan muram.

Memang sering diulang-ulang seruan oleh pemimpin negara supaya rakyat berjimat, iaitu berbelanja sekedar yang termampu, tetapi pemimpin negara, atau orang-orang besar hidup dengan cara bermewah-mewah.

Dalam hal ini mereka perlu sedar bahawa rakyat sudah lebih dari berjimat. Tidak ada lagi yang boleh dijimatkan, kerana daya beli rakyat sudah sampai ketahap sangat rendah.

Walaupun di gedung membeli belah, barangan jualan, terutama barangan untuk menyambut hari raya, banyak seperti biasa dengan lebel ‘jualan murah’ dan tawaran istimewa hari raya di sana sini, tetapi daya beli rakyat ternyata terus merosot.

Mereka kelihatan sangat berhati-hati untuk membeli bukan saja barangan keperluan hari raya, bahkan keperluan asas harian.

Mereka begitu teragak-agak dan sangat berhati-hati untuk membeli barangan bukan saja di pasar biasa, tapi juga di gedung membeli belah.

Tidak mudah untuk mengambil barangan itu dan membubuh di tray, disebabkan kekangan wang yang dibawah sangat terbatas.

Dahulu, mereka membawa wang lima puluh ringgit ke pasar, umpamanya, banyak barang yang boleh dibeli. Tetapi kini berapalah nilai lima puluh ringgit, menyebabkandaya beli mereka sangat terbatas.

Peniaga sendiri merasa amat tertekan, disebabkan daya beli orang ramai semakin lemah. Menurut peniiaga, orang ramai datang seperti biasa, tetapi mereka sangat memilih, berharti-harti.

Keadaan merosot ini, menurut peniaga, yang dikenal sebagai Lim di pusat membeli belah Kuala Lumpur, berlaku sejak tahun lalu. Tetapi tahun ini, keadaan lebih teruk lagi.

“Kadang-kadang pulang modal saja,” kata Puan Fadhilah, yang meniaga pakaian wanita di gedung membeli belah di Klang.

Seorang peniaga pakaian dan kasut kanak-kanak di Shah Alam, Encik Aminudin berkata, beliau kesihan melihat ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk membeli pakaian dan kasut.

Mereka sangat berhati-hati dan hanya memilih jenis pakaian yang murah, walaupun anak mereka mahu yang mahal, katanya.

Mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah, sangat terasa dengan harga barangan yang mahal, nlai wang yang rendah akibat krisis ekonomi yang melanda negara dengan pelbagai cukai yang dikenakan.

Lebih-lebih lagi dengan pembuangan ramai pekerja sekarang ini. Di mana mereka yang dibuang kerja ada yang menanggung keluarga yang ramai, ada yang menjaga ibu bapa yang sakit yang memerlukan wang untuk membeli ubat-ubatan. Belum lagi belanja persekolahan anak-anak.

Ramai yang tidak mampu membelikan pakaian baru untuk anak-anak mereka, walaupun anak-anak mendesak untuk dibelikan baju baru.

Seperti dikatakan tadi, walaupun barangan untuk sambutan hari raya sama dengan tahun-tahun yang lalu di gedung membeli belah,, tetapi ibu bapa ‘berkerut dahi’ ketika hendak membeli pakaian raya anak-anak mereka justru wang yang ada di poket mereka sangat terbatas.

Gambaran jual beli di Bazar Ramadhan, umat Islam juga kelihatan sangat berjimat untuk membeli makanan berbuka puasa. Mereka tidak ‘bermewah-mewah’, tetapi membeli makanan yang sangat perlu saja
bagi mereka yang bekerja di laut, sementara suri rumah membuat persiapan iftar ala kadar saja.

Ada yang enggan ke Pasar Ramadhan, kerana alasan “nanti macam-macam makanan nak dibeli. Jadi masak sendiri lebih jimat,” kata sesetengah suri rumah.

Bagaimana pula nasib petani dan nelayan – pesawah, penoreh getah, nelayan pantai, pekebun kecil ketika menyambut raya ini.

Dapat digambarkan bagaimana suasana di tempat mereka lebih memllukan. Bagaimana mereka berbuka puasa dan hari raya.
Bagaimana dengan persiapan pakaian untuk anak-anak mereka.

Oleh itu seruan pemimpin negara atau orang-orang besar supaya rakyat berjumat adalah seruan yang sangat tidak lojik, iaitu ketika rakyat sudah memaksimakan penjimatan mereka. Tidak ada lagi benda yang boleh dijimatkan.

Di sini bagaimana pula dengan sikap orang-orang besar atau golongan elit yang terus bermewah-mewah, berbuka puasa di hotel mewah atau mengadakan jamuah mewah ketika beriftar di dewan mewah.

Anak isterti mereka membeli belah di pusat membeli belah yang mewah di dalam negeri, menggunakan credit-card.

Malah ada yang shooping di luar negara, membeli beg tangan berjenama mahal, pakaian mahal, kasut mahal dan segala barangan lain yang mahal belaka.

Barangan perhiasan di banglo kediaman kawasan elit mereka juga mahal belaka, kebanyakkan dibeli dari luar.

Semuanya ini adalah manifestasi kehidupan rakyat yang sangat kontras dan jurang antara golongan kaya dan miskin di negara ini yang semakin ketara.

COMMENTS

Wordpress (0)