Siap berselendang! Penyanyi seksi tak kesah dipanggil ‘fake’ saat pulang ke Kelantan

Oleh KIM SYAZIE

Terkenal dengan imej seksi, penampilan salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo menjadi perbincangan hangat baru-baru ini.

Sering menggayakan fesyen ‘tidak cukup kain’, ramai yang terkejut saat melihat Sabronzo tampil berpakaian sopan ketika pulang ke Kelantan.

Balik ke kampung halaman, pemilik nama sebenar Wan Sabrina Wan Rusli itu juga kelihatan menawan mengenakan selendang.

Diberi gelaran ‘fake’ atau orang bermuka dua, penyanyi yang berusia 28 tahun itu langsung tidak terasa hati dengan kecaman tersebut.

Tidak hairan dengan pandangan orang, Sabronzo bagaimanapun berjanji akan terus melayan orang ramai dengan baik termasuk peminat baharu.

“(Kepada) Yang kata saya fake tu, sebenarnya apabila berada di bandar pun saya ada mengenakan baju kurung juga.

“Saya tidak kisah pun orang nak cakap apa atau beri pandangan sebegitu terhadap saya. Kami pun ada peminat baharu.

“Tidak mengapa, kami bersedia untuk jelaskan (kontroversi berpakaian seksi) kepada mereka (peminat baharu),” kata Sobranzo.

Sejak diperkenalkan di industri hiburan Malaysia pada 2020, ahli kumpulan Dolla sering menerima kritikan hebat kerana berpakaian mencolok mata.

Tidak sesuai digayakan di Malaysia, imej seksi kumpulan itu adalah keputusan yang dipersetujui bersama (ahli Dolla dan syarikat rakaman).

Baca juga: Mengaku diri pencipta jala ikan, Mat Salih jual ‘ciptaan’ dengan harga RM230