Malaysia Dateline

Siapa bakal bentuk kerajaan selepas PRU15? Ini nasihat kepada pengundi atas pagar

Gabungan parti yang bakal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bergantung pada keputusan 21.2 juta pengundi pada 19 November ini.

Khusus buat pengundi atas pagar, ada nasihat daripada seorang anak muda buat golongan ini.

Titokers @akimlee_ mengingatkan bahawa tindakan memilih BN atau PN hanya tidak akan menyaksikan perubahan.

Untuk rekod, sebanyak 58 peratus daripada lebih 21 juta pemilih berdaftar pada PRU15 adalah dalam kelompok usia 18 hingga 40 tahun.

Sementara itu, belia berusia 18 hingga 20 tahun merangkumi 16 peratus daripada 6.9 juta pengundi baharu.

Pertambahan pengundi belia susulan penurunan usia layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun serta pendaftaran pemilih secara automatik.

Pengundi muda dan baharu rata-ratanya dikatakan masih ‘atas pagar’ tetapi undi golongan terbabit berpotensi jadi penentu siapa bakal membentuk kerajaan.

Ikuti nasihat @akimlee_ kepada pengundi atas pagar ini:

“Kalau kau undi BN, kau akan dapat Zahid atau Ismail Sabri.

Kalau kau undi PN, kau akan dapat ‘Abah Kau’ (Muhyiddin).

Kalau kau undi PH, kau akan dapat Anwar Ibrahim.

Sekiranya kerusi Parlimen ini tiada majoriti, apa yang berlaku adalah kerajaan akan tertubuh daripada penggabungan BN dengan PN.

Jadi, kenapa aku cakap macam tu? Sebab dekat Sabah, mereka geng tapi di Semenanjung dah bergaduh.

Kalau tiada majoriti, jadi sama sajalah, BN dengan PN.

Sebelum ini, Muhyiddin selepas itu Ismail Sabri. Selepas ini siapa pula? Ismail Sabri ke Zahid? Entahlah, aku pun tak tahu.

Kita semua berkemungkinan akan dapat menteri yang sama, menteri Doraemon,

Jadi, itulah politik Malaysia. Sekiranya, kau nak ada perubahan, kau pilih sebaliknya.

Kalau engkau nak menteri yang sama kau pilihlah BN ke PN, itu terpulang pada kau, pilihan hati masing-masing.

Jangan termakan dengan sentimen agama, perkauman. Ini dah 2022. Masih ada orang termakan benda-benda macam tu. Adoi.”

Baca juga Kenyataan berbaur perkauman polis buka kertas siasatan terhadap pelakon

Baca juga Tetak kepala aligator, remaja ini diburu polis