Siapa  bakal Timbalan Menteri 1  Pulau Pinang?

Siapa bakal Timbalan Menteri 1 Pulau Pinang?

Kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang telah pun diketahui setelah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Lim Guan Eng menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Kota, Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri yang baru.

Ekoran itu kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang sebelum ini diterajui oleh Datuk Mohd Rashid Hasnon menjadi tanda tanya setelah ia dikosongkan penyandangnya yang berpindah ke Johor.

Beberapa nama seperti (gambar kanan)  Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin serta Datuk Abdul Halim Hussain  (gambar kiri) yang juga merupakan Adun Batu Maung hangat diperkatakan bagi menjawat jawatan tersebut.

Kemenangan besar Pakatan Harapan(PH) di Pulau Pinang bagi penggal ketiga menyaksikan BN hanya mampu mempertahankan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Permatang Berangan dan Sungai Dua sahaja.

Manakala Pas hanya menang kerusi Dun Penaga dalam pertandingan dua penjuru walaupun bertanding 20 kerusi.

Dengan kemenangan besar dan berganda pada kali ini menyaksikan calon -calon dari komponen PH menang dengan selesa.

Kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 yang telah diterajui oleh PKR semasa penggal yang lalu kini sudah pasti akan diisi dalam tempoh terdekat.

Daripada sejumlah Adun PKR yang memenangi kerusi Dun dalam PRU baru-baru ini, ternyata hanya Adun Seberang Jaya, Dr Afif  sebagai bekas exco senior yang menang sekali lagi dengan majoriti 7,421 undi menewaskan calon Pas dan BN.

Sementara itu, Adun Batu Maung, Datuk Abdul Halim telah membuat ‘come back’ kali ini selepas memenangi kerusi tersebut dengan memperolehi majoriti sebanyak 8,317 undi .

Sebelum ini beliau gagal untuk berada dalam kabinet kerajaan negeri selepas menjadi Spekaer Dun pada PRU 2008 yang lalu.

Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang juga merupakan Setiausaha Agung PKR turut menang bagi kerusi Pantai Jerejak dengan kemenangan majoriti sebanyak 10,716 undi.

Walau bagaimana pun beliau turut menang bagi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah sekaligus menyaksikan bahawa khidmat beliau terpaksa ditumpukan di peringkat Pusat.

Calon-calon bagi Dun yang lain diwakili calon PKR merupakan orang lama dan juga muka baru yang memenangi kerusi ialah Mohd Tuah Ismail bagi kerusi Pulau Betong, Amar Pritpal Abdullah bagi kerusi Sungai Bakap dan Zulkifli Ibrahim bagi kerusi Dun Sungai Acheh.

Begitu juga dengan Mustafa Kamal Ahmad yang turut menenangi kerusi Dun Teluk Ayer Tawar sebelum ini adalah penyelaras Dun Teluk Ayer Tawar.

Ahmad Zaki Yuddin Abd Rahman juga muka baru yang menang kali ini bagi kerusi Dun Pinang Tunggal disamping calon tunggal wanita bagi Dun Penanti, Norlela Ariffin.

Peluang bagi Dr Afif dikatakan lebih besar kerana telah dua penggal berturut-turut memenangi kerusi Dun Seberang Jaya serta merupakan exco kerajaan negeri.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS