Tahukah anda sebenarnya sunblock dan sunscreen adalah serupa, bahkan tiada kajian kukuh mengatakan sunblock lebih bagus dari sunscreen kerana dapat melindungi pancaran suria dengan lebih baik.
Tahap keberkesanan produk pelindung suria pada kulit bergantung kepada bahan di dalamnya dan bukan sekadar namanya.
Jika kita lihat sekarang ini, ramai pengasas produk yang mengatakan produk sunscreen mereka lebih baik kerana dapat melindungi kulit muka 100 peratus dari sinar UV
Namun, seorang perunding imej, Mary Anni menjelaskan bahawa fakta yang betul adalah tidak ada satu pun sunscreen di dunia ini yang boleh beri perlindungan 100 peratus sehingga sinar ultra ungu tidak boleh menembusi kulit.
Dia juga memaklumkan tidak pernah jumpa lagi mana-mana kajian menyatakan sedemikian.
Kami kongsikan penjelasan wanita berkenaan yang dikongsikan di Facebook.
Ada puan founder ini berkata, sunblock lebih baik daripada sunscreen. Benarkah?
Ada yang hantarkan saya video TikTok ini. Yang bercakap dalam video ini katanya seorang founder produk tempatan yang ternama.
Untuk elak salah faham yang panjang, saya mahu berikan pembetulan.
Sunblock melindungi 100 peratus di mana UVA UVB tidak boleh menembusi kulit dengan penggunaan sunblock?
Sunscreen atau sunblock adalah sama. Malah berdasarkan panduan FDA yang dikeluarkan pada tahun 2012, hanya istilah sunscreen dibenarkan pada label.
Ini bertujuan elak kekeliruan dalam kalangan pengguna kerana perkataan “block” pada sunblock menyebabkan pengguna sangka sunblock lebih bagus daripada sunscreen.
Sunscreen akan tetap menyerap masuk ke dalam kulit kita sampai ke permukaan dermis kemudian boleh merosakkan kita punya lapisan atas yang menyebabkan kebakaran atau kulit sunburn?
Sudah dijelaskan di atas. Tapi puan founder ini sebut silap agaknya, “Sunscreen akan tetap menyerap masuk ke dalam kulit kita…”
Sunscreen tidak serap masuk kulit. Sinar ultra ungu yang berupaya tembusi kulit, puan founder.
Sunscreen cuma boleh melindungi sinar daripada sinar UVA sahaja. Berbeza dengan sunblock. Sunblock melindungi daripada kedua-dua sinar iaitu UVA dan UVB?
Salah. Sunscreen boleh melindungi daripada kedua-dua sinar ultra ungu sama ada UVA atau UVB. Kadar perlindungan dan kesesuaian dengan kulit bergantung pada bahan di dalamnya.