Siapa calon akhir PM Britain?

Siapa calon akhir PM Britain?
(dari kiri) Jeremy Hunt, Boris Johnson, Michael Gove dan Sajid Javid.-Foto AFP

Ahli Parti Konservatif akan memutuskan seorang lagi calon akhir yang akan bersama Boris Johnson untuk merebut jawatan Perdana Menteri dengan tiga lagi calon akan merebut jawatan kedua.

Setiausaha Luar, Jeremy Hunt, Setiausaha Alam Sekitar, Michael Gove dan Setiausaha Dalam Negeri, Sajid Javid akan bersaing bersama Johnson untuk dipilih 160,000 ahli parti, lapor AFP.

Dua calon akhir itu kemudiannya akan melalui 16 mesyuarat di seluruh negara dan dua sesi debat yang akan disiarkan menerusi televisyen sebelum ahli parti Tory membuat undian pos untuk memilih pemimpin baru mereka.

Pemenang akan diumumkan pada 22 Julai sebelum mengambil alih tugas pentadbiran daripada Theresa May sebagai Perdana Menteri.

Semalam, AFP melaporkan Johnson yang juga jurukempen utama Brexit, mendahului pusingan pertama undian minggu lalu, memenangi sokongan daripada 114 MP, lebih dua kali ganda jumlah undian dimenangi pencabar terdekatnya.- AFP