Malaysia Dateline

‘Siapa cepat, dia dapat’, tempahan vaksin AstraZeneca dibuka sekarang

Tempahan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca secara sukarela dibuka kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari ini.

Mereka yang mahu mendapatkan vaksin AstraZeneca boleh membuat tempahan melalui laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di pautan www.vaksincovid.gov.my.

“Anda mestilah sudah berdaftar (sebagai penerima vaksin) dan hanya perlu memilih Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan tarikh),” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Khairy turut memuat naik poster memaklumkan beberapa syarat kelayakan membuat tempahan untuk menerima vaksin AstraZeneca, yang ditawarkan secara ‘siapa cepat, dia dapat’.

LANJUT MENYUSUL