Siapa dah terlajak kongsi baki akaun baik padam segera, KWSP keluar amaran bahaya besar menanti

Oleh KIM SYAZIE

Sejak kelmarin, pengguna media sosial aktif berkongsi baki wang masing-masing dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ada yang tidak segan silu mempamerkan baki akaun dengan jumlah ratusan ribu ringgit.

Sebagai contoh di aplikasi X, seorang pengguna menarik tumpuan ramai apabila berkongsi jumlah caruman KWSP mencecah RM500,000

Di Facebook pula, ada yang berkongsi wang caruman mencecah RM800,000 siap ditambah ‘watermark’ supaya gambar akaun tidak dicuri.

Susulan itu, KWSP dalam satu perintatan ringkasnya mengingatkan para pencarum untuk tidak mendedahkan atau berkongsi tangkap layar baki akaun simpanan mereka di platform media sosial.

KWSP menerusi hantaran di Instagram berkata, tindakan tersebut hanya akan mengundang padah selain pencarum terdedah kepada ancaman ‘scammer’

“Hati-hati. Jangan kongsi baki akaun KWSP anda kepada umum, scammer sedang memerhati. Jangan jadi mangsa scammer,” pesan KWSP.

Baca juga: Sempat bermaaf-maafan, Datuk Red sah bercerai dengan isteri pertama