Siapa ganti Zambry di Perak tidak gusarkan PH

Siapa ganti Zambry di Perak tidak gusarkan PH

Setiausaha AMANAH Negeri Perak, Salman Haji Salleh berkata, Pakatan Harapan (PH) bersedia dengan sebarang kemungkinan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti termasuk soal penggantian calon Menteri Besar (MB) Barisan Nasional (BN) negeri itu.

Kata beliau, dalam beberapa ulasan semasa sidang media, Dato’ Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir tidak menafikan bahawa beliau bakal ‘berhijrah’ ke kerusi Parlimen pada PRU14 nanti dan kini persoalannya siapakah yang akan menggantikan beliau?

Jelasnya, melihat kepada kelewatan mengumumkan calon-calon BN di semua Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) membuktikan bahawa isu siapakah ganti kepada Zambry masih belum dimuktamadkan dan menjadi kegusaran jentera BN Perak pada PRU 14 ini.

“Isu siapakah calon pengganti Zambry tercetus apabila beliau dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen dan difahamkan kerusi Parlimen Lumut menjadi pilihan Zambry selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya yang menyaksikan Dun Kawasan Sitiawan dikeluarkan dari Parlimen Lumut.

“Penghijrahan Zambry ke Parlimen akan memberikan kesan besar kepada senario politik di Perak kerana sehingga kini calon pengganti beliau masih menjadi tanda tanya dan siapakah calon Menteri Besar baru dari BN selepas PRU14 ini?

“Persoalan yang lebih besar ialah mampukah calon pengganti Zambry menggalas tugas tersebut?” soal beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Salman, PH bersedia dengan sebarang kemungkinan dan yakin BN Perak khususnya sedang menghadapi krisis dalaman yang cukup parah berkaitan calon-calonnya termasuk calon Menteri Besar menjelang PRU14 nanti.

Tambahnya, peluang PH sebagai kerajaan menanti cukup besar melihat kepada strategi dan kesepakatan antara parti gabungan menjelang PRU14 ini.

8.7
OVERALL SCORE
: 6.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS