Siapa ganti Zambry pada PRU14?

Siapa ganti Zambry pada PRU14?

Jika anda mengikuti program ‘Selamat Pagi Perak’ pada 15 Februari 2018 yang lalu, terdapat satu soalan yang dikemukakan wakil media kepada Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir berkaitan kedudukannya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sama ada beliau kekal di Dewan Undangan Negeri (Dun) sahaja atau tidak.

Soalan yang dilontarkan ialah adakah benar Dato’ Seri Zambry akan bertanding di kerusi DUN dan dalam masa yang sama beliau akan bertanding di kerusi Parlimen pada PRU14 nanti?

Persoalan ini tidak disahkan atau dinafikan oleh Datuk Seri Zambry, adakah ini bermakna bahawa Datuk Seri Zambry akan ‘meninggalkan’ Negeri Perak selepas PRU 14 nanti?

Dan jika benar berlaku Pindaan Persempadanan baru yang akan diluluskan pada Persidangan Parlimen kali ini, sudah tentu kerusi Parlimen Lumut akan terlibat kerana mengikut perancangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dun Setiawan akan dikeluarkan dan Parlimen Lumut akan terdiri daripada 2 Dun sahaja iaitu Dun Pasir Panjang dan Dun Pangkor.

Untuk itu, Parlimen Lumut akan menjadi majoriti pengundi Melayu pada PRU14 yang akan datang ini. Berdasarkan kepada keadaan ini, besar kemungkinan Datuk Seri Zambry akan bertanding di Dun Pangkor dan dalam masa yang sama turut akan bertanding di kerusi Parlimen Lumut.

Jika ini benar maka satu kerusi Parlimen untuk MCA akan berkurangan.

Apa pun, kita tinggalkan persoalan tersebut kerana persoalan yang lebih besar ialah siapakah yang akan menggantikan Datuk Seri Zambry selepas beliau ‘naik pangkat’ jika Barisan Nasional (BN) masih menang nanti?

Kenapa BN takut untuk namakan pengganti Datuk Seri Zambry lebih awal?

Andaian tersebut akan benar jika Datuk Seri Zambry bertanding dua kerusi pada PRU 14 nanti dan beliau bakal ‘meninggalkan’ Perak selepas ini serta dalam masa yang sama BN dilihat tidak berkeyakinan berhadapan dengan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14 ini.

CATEGORIES