Malaysia Dateline

“Siapa habaq kita baiki guna RM30 juta, kita guna RM38.5 jutalah”

Hari ini or rather petang ini, semasa YB Pulai berbahas RMK-12, saya sempat mencelah ketika beliau menyentuh isu integriti.

Antara lain, saya membangkitkan isu kos repair rumah rasmi PM yang asalnya dikatakan hanya bernilai RM30 juta. Tetapi kini dinyatakan oleh YB Menteri di JPM, sebenarnya kosnya mencecah RM38.5 juta.

Saya bertanya “YB, adakah integriti ini, antara lain, diukur dari kemegahan atau kemewahan sesuatu istana atau kediaman rasmi seseorang pemimpin itu misalnya kediaman yang dibaiki hingga mencecah kos RM38.5 juta?”

“Adakah YB bersetuju integriti itu, antara lain, diukur, seprti kata Dato Seri Rafidah Aziz, melalui (keperibadian) “the occupant” kediaman rasmi itu dan bukannya melalui kos kediaman rasmi itu sendiri?”

Saya teringat semasa saya membuat lawatan kerja ke New Zealand semasa berada dalam Kerajaan dahulu dan bertemu YB Menteri Keadilan (the Minister of Justice) di dalam Kabinet Jacinda Arden pada masa itu iaitu Mr. Andrew Little.

Semasa itu saya ditemani oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand.

Saya agak terkejut tetapi kagum kerana pejabat rasmi beliau begitu sederhana dan kecil. Tidak keterlaluan jika saya kata saya pernah melihat hatta pejabat SU Politik Menteri di negara ini jauh lebih besar dan elegant.

Apapun, semalam saya ada menulis dalam FB ini yang saya dok ingat kos repair itu antaranya kos membaiki ATAP.

Rupanya, to my utter surprise, hari ini dikatakan dalam kenyataan rasmi Menteri JPM rupanya memang betui antara kos pembaikan itu adalah kos pembaikan ATAP.

Ada “perompak” pi bocorkan ATAP ke?

Kini, terbukti kos sebenar bukan RM30 juta tapi RM38.5 juta.

Teringat depa pernah habaq dulu-dulu ada Menteri habaq “ini pembangkang banyak jahat, mereka tuduh saya ada 2 rumah di Australia.

Mana saya ada 2 rumah, saya ada 3 rumah apa”. Tak pasti dia habaq serius or lawak?

Mungkin la ni “siapa habaq kita baiki guna RM30 juta, kita guna RM38.5 juta lah dan kerja bermula Mac 2021 (bukan masa Darurat ke?)