Malaysia Dateline

Siapa indentiti Sultan Pemurah? Selepas ‘budak bedak’ dapat RM20k, kini Ariel Zafrel pula terkejut dapat ‘coin’

Ramai yang tertanya-tanya siapa identiti sebenar “Sultan Pemurah’ yang memberi ‘coin’ yang banyak kepada influencer Ryan Bakey ketika ‘live’ TikTor, dan terkini selebriti Ariel Zafrel dan Wawa Zainal pula terkejut turut mendapat ‘coin’ yang banyak daripada Sultan Pemurah.

Pemilik akaun aplikasi TikTok dengan nama Sultan Pemurah menjadi tular selepas dia memberikan hadiah mewah kepada seorang influencer, Ryan Bakery bernilai lebih RM 20K.

Susulan itu, ramai yang spekulasi Sultan Pemurah terbabit adalah Kacak anak kepada Datuk Seri Vida.

Ini menyebabkan ramai yang ingin mengetahui identitinya. Hadiah mewah seperti ‘lion‘ antara yang diberikan oleh Sultan Pemurah.

Siapa indentiti Sultan Pemurah? Selepas 'budak bedak' dapat RM20k, kini Ariel Zafrel pula terkejut dapat 'coin'
Sultan Pemurah bagi ‘gift’ hampir RM20k kepada Ryan

Bagaimanapun, terkini sesi live oleh pasangan selebriti dan usahawan popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal juga nampaknya kecoh apabila dihadiri oleh Sultan Pemurah di mana kedua-dua selebriti berkenaan terkejut apabila turut menerima hadiah daripada pemilik akaun popular di TikTok itu.

Ujar Aeril Zafrel menerusi video sambil menunjukkan coin yang diperolehnya dalam sesi live tersebut apabila jumlah banyaknya itu dalam pada masa yang sama mencetuskan dia dan isteri, Wawa Zainal tergamam.

Perkongsian Aeril Zafrel di akaun miliknya itu bagaimanapun menarik tumpuan ribuan warganet dan Wawa Zainal juga melalui rakaman video pendek tersebut turut berterima kasih kepada Sultan Pemurah.

Memetik laporan Slembmedia, Aeril Zafrel di akaun TikTok miliknya itu turut menyebut nama Sultan Permurah dan sambil terkejut berkata diruangan kapsyen, “Sultan Pemurah bagi banyak lion guys,” yang lalunya mengundang ruangan komen pula dihujani dengan ratusan reaksi disamping hantaran tersebut meraih ribuan tanda suka oleh ramai.

Baca juga: Fenomena nostalgia ‘tepek bedak’ Ryan Bakery imbau kenangan manis zaman kanak-kanak

Baca juga: Lelaki positif dadah sanggup ugut bunuh ibu hanya sebab tak bagi pinjam motosikal